Currently Empty: RM0.00
Kategori Soalan Lazim
Soalan lazim yang sering ditanya mengenai kursus dan servis INMiND
- Soalan Utama
- Soalan Servis
Siapa Inmind?
Inmind adalah platform kursus online yang dikendalikan oleh team inmind.my Semua kursus yang disediakan di sini boleh diakses melalui online.
Apa kursus yang saya boleh sertai?
Kursus-kursus yang disediakan adalah di dalam bidang keusahawanan seperti pemasaran dan pengurusan kewangan, kreatif seperti reka grafik dan multimedia serta produksi konten digital. Anda akan belajar bukan sahaja tentang teori dan teknik asas sahaja, malah meliputi teknik spesifik, teknologi terkini serta panduan berguna. Anda akan belajar secara terus dengan tenaga pengajar secara online.
Apa kelebihan yang inmind.my tawarkan berbanding platform online yang lain?
Tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang kreatif multimedia. Bahasa pengantaraan adalah Bahasa Melayu yang santai. Kandungan utama pembelajaran akan dipersembahkan dalam format video yang lengkap dengan arahan audio, demo pada skrin dan contoh latihan yang jelas. Terdapat juga bahan-bahan pembelajaran yang dipersembahkan dalam format slaid, imej, teks, links dan audio.
Bagaimana cara untuk saya sertai kursus?
Anda boleh memilih dan mendaftarkan diri dalam tajuk kursus yang diingini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Setelah anda mendapat akses ke dalam kursus tersebut, anda terus boleh mula belajar. Mengikut masa anda sendiri. Pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
Apakah saya akan mendapat sijil?
Ya. Untuk kursus berbayar, terdapat sijil digital untuk peserta yang berjaya menyelesaikan keseluruhan topik pembelajaran dalam setiap kursus. Sijil digital boleh didownload dan dicetak sendiri oleh peserta.
Bolehkah saya menjemput pihak Inmind untuk kursus di luar?
Ya, semestinya boleh. Dengan kepakaran & pengalaman lebih daripada 5 tahun, kami telah membantu pelbagai organisasi awam dan swasta menjalankan kursus yang mereka ingini.
Apa jenis website yang INMiND boleh buat?
Pelbagai jenis website boleh buat, tapi yang biasanya pelanggan minta adalah;
- Sales page, landing page, Lead generation page
- Website syarikat & korporat
- e-Commerce
Domain dan hosting macam mana?
Domain dan hosting kami sediakan dan untuk pelanggan pertama kali, kami akan berikan secara PERCUMA selama setahun. Boleh pilih nak hosting yang premium atau yang budget.
Berapa lama untuk siapkan satu website?
7 hingga 14 hari. Bergantung kepada jenis website. Sekiranya anda ambik sekali pakej Google ads, saya akan jaga selama sebulan dan tambah baik kandungan serta pengalaman pengguna.
Saya nak belajar buat website sendiri, boleh?
Boleh, tak jadi masalah. Boleh ke laman Program Self-Learning atau Program Terbuka untuk sertai mana-mana program yang kami sediakan
Apa itu Google SEO?
Google Search Engine Optimizer (SEO) adalah untuk menaikkan ranking website anda ke halaman pertama Google. Amat penting untuk perniagaan kerana potensi pelanggan membeli lebih tinggi sekiranya website anda berada di laman pertama.
Wajib ambil pakej SEO?
Tidak, tapi kami amat menyarankan untuk menjamin keberkesanan dan peningkatan jualan bisnes anda
Bagaimana dengan Pakej FB/IG ads?
Kami masih boleh jalankan servis pengiklanan FB/IG ads, hanya perlu hubungi kami untuk maklumat lanjut
Apa itu penjenamaan
Penjenamaan merupakan satu aset bisnes untuk memberikan penampilan profesional, membina kredibiliti dan kepercayaan untuk membezakan anda & pesaing lain.
Bagaimana untuk hubungi INMiND?
Boleh ke halaman Hubungi untuk dapatkan maklumat lanjut